Sunday, November 8, 2009

PEMERGIAN YANG TIADA GANTI.



“Wahai keluargaku, wahai anak-anakku, wahai kerabatku, sayangi aku dengan sesuatu semoga Allah menyangimu. Ingatlah kami, jangan lupakan kami dengan doa. Sayangi kami dan keterasingan kami. Kami telah diabadikan di penjara yang sempit, kesedihan dan penderitaan yang lama masanya. Maka sayangi kami, jangan bakhil kepada kami dengan doa dan sedekah untuk kami. Semoga Allah menyayangi kita sebelum kalian seperti kami.

Alangkah sedihnya kami! Kami sebenarnya mampu sebagaimana kalian mampu.
Wahai hamba-hamba Allah, dengarlah bicara kami, jangan lupakan kami, kerana kalian pasti akan mengetahui dan merasakan besok. Infakkan apa yang kalian miliki. Dahulu kami juga miliki, tetapi kami tidak menginfakkan di jalan ketaatan kepada Allah, kami menahannya di jalan kebenaran, sehingga kurnia itu menjadi malapetaka bagi kami dan bermanfaat bagi orang lain. Sayangi kami walaupun dengan satu dirham, sepotong roti atau segelas minuman.”

Kemudian mereka memanggil: “Cepatlah kalian menangisi diri kalian, menangisi segala yang tidak bermanfaat bagi kalian sebagaimana kami menangisi diri kami dan segala yang tidak bermanfaat bagi kami. Bersungguh-sungguhlah kalian sebelum kalian seperti kami.”

(Mustadrak Al-Wasail 2: 162, bab 39, hadis ke 697)

Rasulullah saw bersabda:

يدخل على الميت في قبره الصلاة والصوم والحجّ والصدقة والبر والدعاء ويكتب أجره للذي يفعله وللميت

“Masuklah pada mayyit di kuburnya shalat, puasa, haji, sedekah, kebajikan, dan doa; dan pahalanya dicatat untuk orang yang melakukan dan juga untuk mayyit."
(A-Faqih 1: 117, hadis ke 557)

Rasulullah saw juga bersabda:

مَنْ عمل مِنَ المسلمين عن ميت عملا صالحاً اضعف له أجره ونفع الله به الميت

“Barangsiapa dari kalangan muslimin yang melakukan amal soleh untuk orang yang telah meninggal, Allah melipatgandakan pahala baginya dan dengannya memberi manfaat pada orang yang telah meninggal.”
(Al-Faqih 1: 117, hadis ke 556)

Dalam suatu riwayat dikatakan:
Jika seseorang bersedekah dengan diniatkan untuk orang yang telah meninggal, Allah memerintahkan kepada malaikat Jibril agar datang membawa seribu malaikat ke kuburnya, dan masing-masing malaikat membawa tempat makanan dan berkata: “Salam atasmu wahai kekasih Allah, ini hadiah dari Fulan bin Fulan untukmu.”

“Kemudian bercahayalah kuburnya, dan Allah memberikan kepadanya seribu kota di surga, mengawinkannya dengan seribu bidadari, memberinya seribu pakaian yang baru, dan menunaikan baginya seribu keinginan.
(Al-Bihar 82: 63, hadis ke 7)


ALLAH..
ampuni dosaku. ampuni dosa ibubapaku.
KAU kasihilah ibubapaku seperti mana mereka mengasihiku.
ketika daku masih kecil lagi.
hingga ke hari ini.
dan hari-hari seterusnya.

TUHAN..
ampuni dosa abahku..
tempatkan lah abah bersama para solihin, syuhada' && anbia'.
luaskan lah kubur abah.
lapangkan lah kubur abah.
terangkanlah kubur abah dengan cahayaMU.
permudahkanlah abah menjawab soalan malaikatMU.
jauhkan lah & ringankan lah siksaan kuburMU terhadap abah.
berilah abah ketenangan & kegembiraan di alam sana.
kurniakanlah abah syurgaMU ALLAH..

RAHMAN..
ampuni dosa ummiku..
campakkan kekuatan & ketabahan dalam diri ummi.
moga ummi sentiasa kuat menghadapi semua ini.

GHAFUR..
berikanlah kami kemudahan untuk menghadapi.
liku-liku hidup ini tanpa abah di sisi.
sesungguhnya amat sukar untuk hidup ini diteruskan.
namun perjuangan harus diteruskan.
berilah kami kekuatan ALLAH..



AHMAD BASRI BIN MUHAMAD.
(11 Mei 1955 - 5 November 2009)

al-fatihah..

11 o r a n g b a i k b a i k:

SaF_FreNsiCk said...

Takziah atas apa yang berlaku...
sama2 kita doa semoga rohnya dicucuri rahmat...

insyaAllah, Amin...

EmberPen said...

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun...

sabrina said...

inalillahi wainna ilaihi rajiuun..

takziah aku ucapkan..
moga Allah menempatkannya dlm kalangan org beriman..
tabah ea jeed..

awe said...

jeed..
tabah ye,,
Allah sygkan abah kau tu

doa je yg mampu aku hadiahkan kt abah kau..
erm..
insya-Allah..
ditmptkan dalam klgn org2 beriman

senorita nadya said...

takziah diucapkan kepada mu jeed.

harap tabah n sabar ya.

ini ujian dunia kita.

semoga rohnya dicucuri rahmat.

Syahmi Ibrahim said...

Takziah atas pemergian ayahanda yg disayangi~
Suatu hari nnti kita akn kembali ke pangkuanNYA juga.
Hidup mesti diteruskn

husna tawfiq said...

alfatihah buat abah..
buat sajeedah yang disayangi..
semoga tabah dan tenang selalu..
aku taw ko mmg kuat..
smoga allah bersamamu selalu..

yana said...

Takziah..
Kte tau adik kte ni tabah mngharungi ujian Allah..

so.enzyme said...

salam takziah..

banyakkan bersabar,
aku tau bagaimana rasanya kehilangan seorang insan bergelar ayah...semoga pemergiannya membawa hikmah yg lebih besar

~Ms. Alia~ said...

salam takziah..
be strong yer jeed..
Allah syg kat abah ko tue..
semoga rohnye dicucuri rahmat..
ameen..

MoON said...

Assalamualaikum w.b.t

Jid sahabat sebilikku kat singapore!.. lame x dgr cter.. kangan sama kamu..hehe..

Antara amalan yg mengiringi seseorg sesudah mati: anak soleh yg mendoakannya..
jadilah anak soleh tersebut, semoga kubur ayah jid sentiasa diterangi dgn cahaya daripada doa tersebut.. pesan kat mak jid n org lain skali untuk sentiasa mendoakn ayah jid, supaya nanti sekiranya jid pn dijemput Allah, masih ade orng untuk menerangi kubur tersebut, insyaAllah..